Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan tentang konflik rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin. Terbaru, wanita itu mendedahkan sepanjang perkahwinan mereka dia terpaksa keluar bekerja bagi menanggung kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Pachara membuat pendedahan tersebut menerusi Instagram Story selepas Afiq Muiz mendakwa dia curang bersama lelaki lain. Di dalam hantaran tersebut, Pachara memberitahu Afiq hanya duduk di rumah bermain game manakala dia terpaksa keluar bekerja untuk menyara kehidupan mereka.
Ujarnya lagi, dia juga sering kali dipukul oleh suaminya namun Afiq akan berhenti memukulnya pada hari Ahad memandangkan wanita itu akan keluar bekerja keesokan harinya. Namun pada hari Isnin, suaminya akan menghantarnya ke tempat kerja hanya jika dia ada mood untuk melakukannya.
“Balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game. Kau marah saya kau bosan duduk rumah main game sahaja. Kau tak tahu malu ke? Bercakap sekarang macam rempit lagi menjawab netizen.”
Menyesal tarik laporan polis
Dalam masa yang sama, Pachara turut meluahkan rasa kesal apabila dia telah menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap suaminya susulan kes pukulnya sebelum ini. Menurutnya, dia menyangka suaminya itu akan berubah dan layak diberikan peluang kedua.
Pachara juga menyifatkan pelakon itu sebagai seorang yang pengecut kerana enggan menghadirkan diri di mahkamah bagi kes perceraian mereka ini. Malah Afiq juga dianggap sebagai seorang lelaki yang dayus dan hanya mahu menguasai wanita.
“Lelaki yang memukul perempuan adalah lelaki yang pengecut yang mahu menguasai perempuan. Cuba mana-mana lelaki nak pukul kau, kau lari pengecut! Kau lah lelaki paling dayus sekarang ni. Number one dayus winner goes to you.”
Terdahulu, konflik rumah tangga pasangan ini mula hangat diperkatakan apabila Pachara membuat laporan polis pada tahun 2021 mendakwa dia telah ditampar dan ditendang oleh Afiq Muiz. Rabu lalu, Pachara memfailkan tuntutan fasakh selepas pelakon itu enggan memberikan kerjasama untuk urusan perceraian mereka.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.