“Baik tengok dua ni, tak sakit jiwa”- Rakaman Fasha Sandha & suami menari ‘dihujani’ komen sweet

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan sama cantik, sama padan ini Fasha Sandha dan juga suaminya, Aidil Aziz. Pasangan pelakon ini juga antara disukai ramai peminat kerana jarang terpalit kontroversi malah kebahagiaan mereka membuatkan ramai peminat tumpang gembira.

Mana tidaknya, Aidil Aziz dan Fasha Sandha terbaharu ini pula mengundang rasa ceria ramai peminat kerana dapat melihat gelagat sporting mereka yang dilihat menari bersama. Gelagat pasangan pelakon ini mengundang mereka tular di platform tersebut dengan meraih jutaan tontonan.

Sponsored

Video Fasha Sandha dan suami jadi bualan ramai

Perkongsian semula peminat ini membuatkan ada peminat lebih menyukai melihat mereka. Dalam klip video yang dimuat naik ini memaparkan Fasha Sandha dan suami menari lagu Bollywood. Pandai sungguh mereka menari.

Sponsored

Namun begitu, rakaman ini mengundang ramai peminat hadir meninggalkan ribuan komen pula buat mereka yang begitu seronok menonton gelagat sweet pasangan ini. Sekadar info, Fasha Sandha dan Aidil Aziz berkahwin pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Dalam pada itu, peminat juga memuji kecomelan Fasha Sandha apabila menari itu dan ruangan komen juga dihujani dengan reaksi sweet oleh peminat terhadap mereka.

Sponsored

‘Bila bersama insan yang tepat. Semoga bahagia Fasha dan suami…’

‘Pasangan sweet sangat’

‘Wauuu comel nya, pasangan cantik’

Fasha Sandha

‘Comelnya, moga bahagia selamanya’

Fasha Sandha