Rakaman CCTV Dalam ‘Fitting Room’ Tular Disyaki Dijual, Mangsa-Mangsa Dedah Lokasi Kejadian

Sponsored

Tular di Twitter perkongsian gambar dan video rakaman CCTV yang diambil di dalam fitting room di sebuah pusat membeli belah. Di dalam perkongsian itu, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan kamera tersembunyi di dalam bilik persalinan itu.

Malah rakaman CCTV yang memaparkan gelagat para pelanggan sedang menukar pakaian itu kemudiannya dijual secara atas talian. Rakaman CCTV itu bukan sahaja merakamkan aksi pelanggan sedang menukar pakaian malah ada juga pasangan kekasih yang sedang bermesra di dalam fitting room itu.

Sponsored

Reaksi mangsa-mangsa

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai di mana beberapa individu yang dikatakan mangsa yang dirakamkan tampil mendedahkan lokasi kejadian. Para mangsa juga turut berkongsikan maklumat terperinci mengenai lokasi, masa dan tarikh mereka mengunjungi butik pakaian terkenal ini.

Ramai mangsa yang telah tampil membuat laporan polis supaya kejadian itu dapat disiasat dengan lebih terperinci. Difahamkan, pengguna Twitter ini menjumpai gambar tersebut secara atas talian namun tidak dapat dipastikan di manakah individu itu menjual rakaman CCTV tersebut.

Sponsored

Siasatan awal dijalankan

Terbaru, pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli belah terkenal ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata pihaknya menerima laporan tersebut pada petang hari Isnin lalu.

Jelasnya, siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut. Noor Dellhan berkata perbuatan tersebut merupakan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pihak berkuasa.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.