“Kebahagiaan dtg dari org yang betul2 hargai”- Suami sambut birthday dan ‘Honeymoon’ dengan Fatin Afeefa

Sponsored

Pejam celik, pejam celik sudah hampir dua minggu pasangan sama cantik, sama padan iaitu Fatin Afeefa dan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Aliff Awang mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini pada 30 Disember lalu selamat disatukan sebagai suami dan isteri, Aliff Awang atau turut mesra disapa Opai juga sering menjadi tumpuan ramai di media sosial apabila kebahagiaan dia dan Fatin Afeefa membuatkan ramai tumpang bahagia.

Sponsored

Fatin Afeefa dan suami sering jadi tumpuan ramai

Walau bagaimanapun, terbaharu nampaknya perkongsian Aliff Awang memuat naik satu klip video sepanjang dia meraikan ulang tahun kelahiran beserta honeymoon menarik perhatian ramai untuk ‘hadir’ menontonnya sehingga dalam beberapa jam sahaja dikongsikan sudah meraih ribuan tanda suka.

Sponsored

Peminat Fatin Afeefa juga menghujani ruangan komen dengan reaksi senang mereka apabila pelakon filem Tentang Bulan ini juga dilihat begitu gembira disisi suami membuatkan ramai menyifatkan dia sudah bertemu dengan seseorang yang tepat.

@aliff_awang

Honeymoon + Birthday = Honey Birthday ❤️ @bukan fatin afeefa

♬ original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

“Honeymoon + birthday= Honey Birthday…” tulis suami Fatin Afeefa di akaunnya itu yang mana hantaran klip video pendek itu turut mencetuskan rasa bahagia peminat yang semakin seronok melihat perkembangan pasangan berkenaan.

Sponsored

‘Bila jatuh ke orang yang tepat that’s why like this harhhh. Napa aku single…’

Fatin Afeefa
Fatin Afeefa

‘Kenapa selepas kahwin makin suka dorang ni hm. Happynya Fatin. Aaa suka’

‘Finally happy je, kitorang semua doa kan yang baik-baik’

‘Diorang happy sebab jodoh yang tepat’