“Main belasah je”- Makin jadi TikToker terkenal, Sharif Zero bikin terhibur tapi ramai kagum suara ‘sedap’

Sponsored

Pelawak, Sharif Zero bukanlah satu nama yang baharu dalam dunia hiburan tanah air serta dalam dunia lawak apabila dia menjadi antara nama besar yang berjaya menghiburkan ramai dan memenangi gelaran besar sebagai seorang pelawak.

Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Sharif Zero begitu hangat dibualkan oleh pengguna TikTok selepas dia juga sudah terjebak dalam platform tersebut. Kalau sudah namanya pelawak, dimana-mana sahaja peminat boleh terhibur dengan dirinya. Sebab itu jugalah menyebabkan dia kini menerima gelaran TikToker terkenal.

Sponsored

Sharif Zero digelar TikToker terkenal

@pr0w90

Sharif Zain @Sharifzero tunjukkan bakat nyanyiannya dgn trademark tangan 👌🏻👌🏻👌🏻

♬ bunyi asal – PROw90 – PROw90

Tidak hanya itu sahaja, Sharif Zero juga membuatkan ramai kagum dengan suara sedap yang dimilikinya sehinggakan warganet tidak sekadar terhibur dengan perangai lucunya malah juga suaranya juga mendapat perhatian mereka.

Sponsored

Malah Sharif Zero di platform tersebut juga acap kali tular menerima ribuan tanda suka ramai selepas dia mulai terjebak yang dalam pada masa sama membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa dengan kelucuannya. Dalam nyanyian merdunya juga pasti terselit lawak yang membuatkan warganet berdekah. Bukan warganet sahaja terkena dengan Sharif Zero ini kerana rakan-rakan selebriti juga sempat dikenakan.

@pr0w90

Benda pun sudah nyanyi, nyanyi saja la TIKTOKERS FAMOUS 🤣🤣🤣 @Sharifzero @ARUL ʟǟʀօƈǟ @FadBocey @Wafiy Aan @Balaustory @

♬ Sopan Santun – Cikitha Meidy

Menerusi rakaman video lucu Sharif Zero yang tular itu warganet yang terhibur dengan perangainya meninggalkan pelbagai komen buatnya.

Sponsored

‘Sedap dia jee, enjoy jela’

‘Suka hati dia’

‘Hahahaha….’

‘Hahaha pecah ketawa’

Sharif Zero
Sharif Zero
Sumberpr0w90