“Banyak Betul Kes Artis Dia Pegang”, Peguam Diana Danielle Dan Selebriti Lain Jadi Perhatian

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini beberapa pasangan selebriti tanah air dilanda ujian dalam rumah tangga mereka. Dari tuntutan fail penceraian, hak penjagaan anak dan pelbagai lagi yang melibatkan undang-undang di Mahkamah Syariah.

Antara selebriti yang melalui fasa sukar ini adalah Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof, Diana Danielle dan Farid Kamil, Hafidz Roshdi dan Shuhada serta lain-lain lagi.

Sponsored

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah seorang peguam yang mewakili kebanyakan dari artis ini. Peguam tersebut adalah Datuk Akberdin Abdul Kader yang sememangnya bukan calang-calang orangnya.

Terbaharu Datuk Akberdin Abdul Kader tampil mengulas perjalanan kes tuntutan cerai Diana Danielle terhadap Farid Kamil selepas ditanya wartawan.

Sponsored
@mstarmalaysia

Peguam memperjelaskan mengenai kes cerai Diana Danielle dan Farid Kamil #dianadanielle #FaridKamil #mStar

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Disebabkan itu, ramai sudah mengenali peguam Diana Danielle, Datuk Akberdin Abdul Kader yang banyak wakilkan selebriti lain telah menjadi perhatian ramai. Apatah lagi apabila kes-kes selebriti ini berjalan serentak dalam masa yang sama.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui Datuk Akberdin Abdul Kader adalah peguam hebat kerana dapat mewakili beberapa kes artis tanah air. Netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai peguam Diana Danielle ini seperti berikut:

Sponsored

“Sekarang lawyer lagi sibuk dari PM”

“Ni lawyer sama dengan lawyer PS kan? Ke salah tengok ni..Macam sama dengan lawyer HR juga..”

“Penat jadi lawyer. Semua cerita nak kena tahu”

“Pemenang anugerah lawyer. Banyak betol kes artis dia pegang”

SumberTikTok