Ramai pasangan selebriti ke Mahkamah, Bella Astillah trauma & sebak

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan ramai pasangan selebriti ke Mahkamah. Meskipun begitu, peminat masing-masing mendoakan yang baik-baik buat mereka dan dalam pada itu, ia juga tidak terlepas daripada menjadi perbualan di media sosial.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang juga merupakan isteri kepada pelakon popular, Aliff Aziz bagaimanapun tidak ingin komen terlalu banyak namun akui dirinya sebak dan sangat faham berada ditempat mereka.

Sponsored
Bella Astillah

Dia juga berharap agar selebriti berkenaan boleh tabah dan dapat mengatasi situasi itu namun dia memahami untuk melalui fasa tersebut bukan mudah apatah lagi apabila mempunyai anak. Bella Astillah bagaimanapun percaya bagi yang sedang melalui, mereka sangat kuat.

Ditanya pula mengenai suaminya Aliff Aziz selepas apa yang dialami mereka, adakah Bella Astillah memantau tentang kerjaya lakonannya seperti siapa yang digandingkan dengan pelakon tersebut, Bella Astillah bagaimanapun menepis dan berkata dia bukan begitu.

Sponsored
@kosmoonline

RAMAI pasangan selebriti ke mahkamah sejak akhir-akhir ini membuatkan Bella Astillah yang pernah bercerai dengan Aliff Aziz pada 2019 berasa trauma dan sebak. -Video oleh MOHD. HAIKAL ISA.

♬ original sound – Kosmo! – Kosmo!

Bella Astillah juga menjelaskan dia trauma dengan berita-berita di media sosial tentang penceraian dan mendoakan agar rumah tangganya dilindungi disamping mendoakan rumah tangga rakan-rakannya yang juga sedang melalui fasa tersebut.

Sebelum ini, Bella Astillah dan Aliff Aziz mengambil keputusan untuk bercerai dan kemudiannya rujuk semula. Pasangan ini bahagia dengan dua anak mereka yang diberi nama, Muhammad Ayden Adrean dan Ara Adreanna

Sponsored