Bapa Tak Lagi Jadi PM, Dafi Akui Hilang Tawaran Bekerja, “Bila Dah Tiada Apa-Apa, Semuanya Lesap…”

Sponsored

Penyanyi Dafi yang merupakan anak kepada Datuk Seri Ismail Sabri mengakui ada perubahan dalam hidupnya sejak bapanya tidak lagi bergelar Perdana Menteri Malaysia. Menurutnya, dia kehilangan satu demi satu pekerjaan dalam industri hiburan semenjak ianya berlaku.

Namun Dafi tidak mahu mempersoalkan mengenai perkara itu dan percaya ia adalah soal rezeki yang sudah ditetapkan. Penyanyi dan pelakon itu turut berkongsikan perubahan yang dilalui dalam kariernya apabila bapanya tidak lagi menyandang jawatan Perdana Menteri.

Sponsored

“Tawaran bekerja bukan tiada langsung. Memang ada tapi ada juga yang dah dipersetujui tapi dibatalkan begitu saja. Tiba-tiba mereka beritahu tak jadi sedangkan sebelum itu beriya-iya bagi tawaran.”

Tambahnya lagi, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan menganggap ramai yang tidak faham bahawa dia tiada kena mengena dengan karier politik bapanya itu. Menurutnya, dia langsung tidak terkesan apabila status bapanya kini bukan lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sponsored

Namun dia mengaku terasa perubahan yang ketara dahulu dan sekarang apabila ramai yang muncul semasa bapanya menjawat jawatan tersebut. Sehinggakan mereka yang sudah lama tidak bertanya khabar dengannya juga muncul dan kembali berhubung dengannya.

“Bila dah tiada apa-apa, semuanya lesap macam itu saja. Masa ayah dilantik jadi PM, saya balas mesej dari jam 5 petang sampai 9 pagi esok. Mereka yang dah lama hilang pun tiba-tiba bertanya khabar.”

Sponsored

Dafi berkata sepanjang bapanya menjadi Perdana Menteri, dia tidak pernah bercakap soal politik secara umum dan tidak menerima sebarang keistimewaan seperti yang disangkakan. Malah dia sendiri pernah memecah tabung duit syiling pada satu ketika dahulu semasa dia tidak mempunyai sebarang tawaran kerja.

Mereka tak tahu situasi sebenarnya. Malah waktu-waktu tiada tawaran kerja, saya pernah pecahkan tabung berisi duit syiling bawa ke bank untuk ditukar buat belanja sampai hujung bulan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.