Biodata Perdana Menteri Ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Sponsored

Penantian rakyat Malaysia berakhir sudah apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 sebentar tadi. Sosok pemimpin yang dihormati ramai, selepas berpuluh tahun berjuang demi reformasi, figura ini akhirnya menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Jom kenalinya menerusi Biodata Perdana Menteri Ke-10 Malaysia ini seperti perkongsian berikut:

Sponsored

Nama Penuh : Dato’ Seri Anwar Bin Dato’ Ibrahim
Nama Isteri : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Umur Anuar ibrahim pada tahun 2022 : 75 tahun
Tarikh Lahir: 10 Ogos 1947
Tempat Lahir : Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tempat Tinggal : Segambut Kuala lumpur
Latar belakang Pendidikan Tertinggi: Bekas Pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar MCKK dan Ijazah dalam Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya UM

Ini hanyalah biodata Perdana Menteri Ke-10 ringkas yang baru dilantik sebentar tadi. Sudah tentunya perjalanan hidup insan bergelar Dato’ Seri Anwar ini tidaklah mudah dan penuh onak duri.

Sponsored

Umum sedia tahu apa yang pernah dilalui oleh Dato’ Seri Anwar sebelum ini. Namun itu semua tidak menghalangnya dari terus berjuang. Untuk info, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) memiliki isteri yang juga ahli politik iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anaknya dikenali sebagai Nurul Izzah turut merupakan ahli politik dan digelar sebagai ‘Puteri Reformasi’. Selain dari itu DSAI turut dikurniakan empat anak perempuan lain dan seorang anak lelaki.

Sponsored

Berikut antara foto-foto Dato’ Seri Anwar Ibrahim: