Sharnaaz Ahmad Minta Henti Perbalahan Sempena Bulan Ramadan, “Setan Pun Off Day”

Sponsored

Pertikaian antara pengarah terkenal, Syamsul Yusof dengan Aaron Aziz baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai. Bermula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon, Aaron Aziz yang mengumumkan namanya digugurkan dalam penggambaran filem Original Gangster oleh pengarahnya, Syamsul Yusof.

Menjawab kepada isu berkenaan, Syamsul Yusof membuat sidang media bagi menjelaskan sebab pengguguran nama pelakon berasal dari Singapura berkenaan.

Sponsored

Tidak berpuas hati dengan kenyataan dari pengarah kontroversi tersebut, Aaron Aziz menghasilkan video menerangkan apa yang terjadi sebenarnya.

Aaron Aziz

Henti perbalahan dan hormati bulan Ramadan

Bagaimanapun, baru-baru ini salah seorang pelakon yang terlibat dalam Original Gangster, Sharnaaz Ahmad minta henti perbalahan antara Aaron Aziz dan Syamsul Yusof ini sempena menghormati bulan Ramadan.

Sponsored

Menerusi muat naik menerusi Instagram Stories itu, Sharnaaz Ahmad berkongsikan tangkap layar paparan dari laman Twitter miliknya.

Disuruh tarik diri dari Original Gangster, ini reaksi Sharnaaz

Salah seorang pengguna aplikasi berkenaan memohon Sharnaaz untuk menarik diri dari filem yang sedang dalam penggambaran tersebut kerana ianya melibatkan perkara peribadi. Sharnaaz juga akui dirinya profesional kerana tidak melibatkan perkara peribadi dengan kerja.

Sponsored

Selain itu Sharnaaz Ahmad minta henti perbalahan dan menghormati kemuliaan di bulan Ramadan ini. Berikut adalah muat naik tersebut:

Tak patut boikot filem hanya kerana isu peribadi pengarahnya

Dalam satu lagi perkongsian, Sharnaaz turut menjelaskan antara beberapa sebab mengapa tindakan boikot Original Gangster disebabkan isu peribadi tercetus pengarahnya adalah tidak patut.

Sharnaaz turut meluahkan jika filem ini diboikot atas sebab tersebut ianya tidak adil bagi krew dan para pelakon yang sudah bersusah payah menyelesaikan Original Gangster.

Jangan mudah jatuh hukum

Sempat juga Sharnaaz menasihatkan netizen dan para media untuk tidak mudah menjatuh hukum dari apa yang keluar dari mulut orang sedang marah.

“Tak semua yang keluar dari mulut orang yang diam itu salah. Janganlah cepat percaya apa yang dihidangkan”