“Bapak kau mmg hensem”- Anak Esma Daniel ikut trend dulu ‘reject’ ramai perempuan

Sponsored

Buat yang mengikuti platform TikTok, tentu sudah cukup familiar dengan satu trend yang berkongsikan foto masa muda ibu bapa mereka. Trend tersebut mengatakan, “My dad/mom said he/she rejected a lot of girls/boys back then.” Manakala foto ibu dan bapa mereka ketika itu muncul.

Ada yang merasa terkedu melihat kecantikan ibu dan bapa mereka ketika masa muda. Walau bagaimanapun, ternyata seorang individu pengguna atas nama harithdaniel_iam yang dipercayai anak kepada pelakon senior, Esma Daniel juga mengikuti trend tersebut.

Sponsored

Buat yang mengikuti perkembangan pelakon ini tentu begitu menyukai dirinya yang tidak hanya kacak malah merupakan salah seorang pelakon hebat. Wajah Esma Daniel sering menghiasi kaca televisyen dan tidak dilupakan sebagai pemegang gelaran Juara Hero Remaja 1990/91.

Melihatkan rakaman video ini pula, turut dikongsikan beberapa keping foto Esma Daniel ketika muda oleh anak lelakinya ini. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak hairan kerana sememangnya pelakon ini memang diakui ramai seorang yang kacak.

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ratusan komen dihujani warganet sekali gus peminat pelakon berkenaan yang mana rata-ratanya juga menggamit memori dengan zaman Esma Daniel sebagai salah seorang pelakon yang memiliki rupa paras kacak.

‘Esma Daniel hero remaja…’

Sponsored

‘Yang ni tak perlu masuk trend. Semua orang tahu…’

‘The first hero remaja…’

‘Bapak kau memang handsome dik’