Mierul Aiman ditegur ramai, “Jejaka Melayu dah pupus, semua sibuk nak jadi…”

Sponsored

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon baharu yang sedang meningkat naik ini, Mierul Aiman atau pemilik nama Muhammad Amirul Aiman bin Norazman, 24, yang mana kemunculannya sebagai Fakhri dalam drama bersiri Projek: High Council berjaya memikat hati penonton.

Malah penangan drama tersebut, Mierul Aiman tidak henti-henti menjadi tumpuan para peminat di media sosial apabila wajah uniknya yang mempunyai rahang ‘jantan’ turut menerima pujian ramai.

Sponsored

Namun begitu, perkongsian menerusi Instagram Astro Gempak tentang Mierul Aiman yang dilihat shooting dalam video G The Untold Story bagaimanapun mengundang komen kurang senang ramai tentang dirinya. Ini kerana, dia yang mengenakan beberapa pakaian cukup style namun rata-ratanya melihat ia tidak sesuai digayakannya.

Ada yang merasakan dia tidak sesuai memakai pakaian tersebut apatah lagi menampakkan bahagian tubuhnya sehingga dalam pada masa sama ada juga segelintir netizen menegur tentang auratnya diruangan komen.

Sponsored

Rata-rata netizen menegur penampilannya ketika shooting itu sehingga menerima kritikan ‘pedas’ daripada kebanyakan netizen yang turut mengatakan dia boleh sahaja menutup bahagian depan tubuh dan tidak perlu menampakkannya.

‘Aurat bang jaga sama’

Sponsored
Mierul Aiman
Mierul Aiman

‘Jejaka Melayu dah pupus… semua sibuk nak jadi macam kpop. Sebab perempuan Malaysia banyak suka idol…’

Mierul Aiman

‘Nak popular kena tunjuk badan semua bagai ke’

‘Pelik kenapa perlu dedahkan bahagian depan badan macam tu bergambar pun lek lok la sikit…’