Baru Balik Umrah, Awal Ashaari Tak Paksa Scha Alyahya Bertudung, “Benda Ni Keputusan Yang Besar…”

Sponsored

Semenjak pulang dari mengerjakan ibadah umrah, penampilan Scha Alyahya telah menjadi perhatian ramai di mana pelakon itu dilihat menghadiri beberapa majlis dengan pakaian yang menutup kepala. Malah ada yang menyangka ia adalah perubahan Scha untuk berhijab secara perlahan-lahan selepas pulang dari tanah suci.

Sebagai suami, Awal Ashaari memberitahu dia tidak memaksa isterinya untuk bertudung sepenuhnya selepas mereka pulang dari mengerjakan ibadah umrah Februari lalu. Awal mengakui isterinya kelihatan lebih manis dan ayu semasa memakai tudung namun dia hanya mampu mendoakan yang terbaik.

Sponsored

“Sebagai suami mestilah saya mahu isteri menuju ke arah kebaikan dan tidak mahu sebarang perubahan dilakukan dengan cara paksaan. Perkara seperti ini perlu datang dari dalam dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Allah.”

Semakin terbuka terima tawaran bertudung

Namun Awal mendedahkan dia dapat melihat perubahan pada isterinya semenjak mereka pulang dari umrah. Menurutnya, sebelum ini Scha pernah menolak tawaran sebagai model bertudung namun kali ini dia semakin terbuka untuk menerima tawaran seperti itu.

Sponsored

“Sebelum ini banyak jenama yang menghampiri Scha untuk menjadi model bertudung tetapi dia belum bersedia. Namun, selepas balik umrah dia jadi lebih terbuka dan menerima kerja begitu.”

Tambahnya, sebagai suami dia hanya mampu menyokong Scha dari belakang dan mendoakan yang terbaik buat isterinya. Selain itu, Awal berpendapat penghijrahan bukanlah satu benda yang mudah terutamanya untuk kekal istiqamah dan disebabkan itu dia menyerahkan kepada Scha untuk membuat keputusan.

Sponsored

“Saya rasa ini merupakan perubahan besar bagi dia dan selalu juga saya usik sama ada dia ke arah penghijrahan. Dia tidak menidakkan dan mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung. Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak. Benda ini keputusan yang besar dan perlu beristiqamah.”

Dalam masa yang sama, Awal mengakui dia bukan tidak mahu memaksa Scha dalam melakukan penghijrahan tetapi dia yakin perubahan tersebut akan datang dengan sendirinya. Jika dilakukan secara paksaan, dia percaya perubahan itu hanya akan bersifat sementara kerana dilakukan tanpa keikhlasan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberkosmo