Tular satu video yang dikongsikan di Twitter memaparkan tindakan murni seorang lelaki apabila dia telah melakukan satu kejutan istimewa kepada dua pengawal keselamatan warganegara Nepal. Di dalam video itu, dia bertanyakan kepada pengawal tersebut tentang makanan Nepal yang dirinduinya.
Pengawal tersebut kemudian memberitahu dia sudah lama teringin untuk makan makanan tradisi Nepal yang dikenali sebagai Napali Momo. Menurutnya, sudah lebih tiga tahun dia tidak dapat merasai makanan tempatan itu semenjak bekerja di Malaysia.
Apa yang menarik perhatian, lelaki itu kemudian membeli bahan-bahan untuk membuat makanan tersebut dan memasaknya sendiri buat pengawal itu. Kedua-dua pengawal itu juga dilihat memberikan reaksi teruja dan gembira apabila mereka akhirnya dapat melepaskan rindu terhadap makanan tradisi Nepal.
Perkongsian video yang dimuat naik itu turut menerima pujian dari netizen yang berasa terharu dengan tindakan murni lelaki ini. Malah ada juga yang berasa sebak melihat reaksi kedua-dua pengawal keselamatan itu semasa mencuba makanan yang dimasak oleh lelaki tersebut.
Meninjau di ruangan komen, usaha yang dilakukan lelaki ini telah dipuji ramai kerana telah berjaya mengembirakan mereka yang jauh di perantauan ini. Dalam masa yang sama, netizen berharap lebih banyak konten seperti ini akan dilakukan di Malaysia.
“Terbukti memasak salah satu cara yang dapat membahagiakan orang.”
“Besar pahala bagi orang makan ni.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.