Pelakon Zara Zya baru-baru ini mengejutkan ramai apabila ada yang mendakwa dia telah dirisik oleh seorang jejaka pilihan hatinya. Malah gambarnya yang disarungkan cincin di dalam majlis merisik itu juga turut tular dikongsikan di media sosial.
Semalam tular pula video pelakon itu yang dilihat memakai busana pengantin sekaligus mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen. Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok itu, pemilik video turut mencetuskan tanda tanya apabila mengatakan pelakon itu telah selamat dinikahkan dalam sebuah majlis tertutup.
“Majlis tertutup. Selamat pengantin baru Zara Zya dan Mr. N bertunang sehari esok terus nikah. Semoga bahagia till jannah amin.”
Menerusi ruangan kapsyen, pemilik video mendakwa pelakon itu telah selamat bernikah selepas mengikat tali pertunangan selama sehari. Di dalam video itu juga, kelihatan Zara Zya sedang disiapkan oleh seorang jurusolek dan memakai pakaian songket sedondon dengan pengantin lelaki yang ditutup wajahnya.
Perkongsian itu turut membuatkan ramai terkejut dan menyangka Zara Zya telah selamat bergelar isteri kepada jejaka misteri tersebut. Malah netizen turut mengucapkan tahniah kepada pelakon itu dan pasangannya yang telah selamat disatukan.
Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa video tersebut adalah di sebalik tabir penggambaran drama sahaja dan menganggap Mr. N yang dimaksudkan ialah pelakon Niezam Zaidi yang menjadi gandingan Zara Zya. Namun setakat ini, tiada sebarang respon yang diberikan oleh pelakon itu susulan video yang telah tular di media sosial itu.
“Kau tengok lah baju tulis crew pastu logo TV3.”
“Ni berlakon je ni sebab baru ni ada shooting dekat kota damansara dekat tempat kerja aku. Ada yang kata Zara Zya berlakon.”
“Jangan gula gula kan kami.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.