Alasan Tak Tahu, Netizen Kecam Tindakan Wanita Ini Bawa Kucing Naik ETS, “Ciri-Ciri Orang Bodoh Sombong…”

Sponsored

Tular di Twitter perkongsian video seorang wanita yang telah mengundang kemarahan ramai dengan tindakannya ini. Macam yang semua sedia tahu, kebanyakan pengangkutan awam tidak membenarkan pengguna membawa haiwan peliharaan mereka.

Namun wanita ini telah membawa kucing peliharaannya semasa menaiki Electric Train Service (ETS) baru-baru ini. Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan wanita tersebut sedang duduk di kerusi penumpang bersama seekor kucing yang dikeluarkan dari carrier yang dibawanya.

Sponsored

Menurut wanita itu, pada awalnya dia tidak tahu haiwan peliharaan tidak dibenarkan di dalam ETS dan hanya tahu mengenainya selepas membaca tanda amaran di situ. Namun apa yang membangkitkan kemarahan ramai, dia tetap membawa keluar kucing tersebut dan cuba bersembunyi daripada ditangkap.

Bukan itu sahaja, dia juga kemudian telah menerima teguran dari seorang netizen mengenai tindakannya ini namun wanita itu mengatakan dia mampu membayar denda sekiranya diminta. Kebanyakan netizen turut mengecam tindakannya ini yang boleh mendorong orang lain untuk membawa haiwan peliharaan mereka menaiki pengangkutan awam.

Sponsored

Komen netizen

Dalam masa yang sama, netizen menganggap tindakan itu juga boleh membahayakan pengguna yang lain terutamanya mereka yang mempunyai masalah alergik kepada bulu haiwan. Meninjau di ruangan komen, netizen turut mempersoalkan alasan wanita itu yang mendakwa dia tidak tahu mengenai peraturan tersebut.

Berdasarkan tinjauan di akaun Tik Tok wanita itu, video tersebut masih belum dipadamkan namun ruangan komen telah ditutup. Wanita itu juga turut menjelaskan di dalam video terkininya bahawa dia sememangnya tidak tahu mengenai peraturan tersebut dan mengakui kesalahannya.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter