Puteri Sarah Dedah Dihubungi Bekas Isteri Hafidz Roshdi Minta Nasihat, Akui Buka Jalan Buat Wanita Teraniaya

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini makin banyak pula kisah rumahtangga selebriti yang diganggu dan berakhir dengan penceraian. Semuanya tidak akan terjadi jika tiada yang melayan. Namun begitu, hanya yang mengalami sahaja tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Baru-baru ini kecoh pula dengan kisah kecurangan pelakon, Hafidz Roshdi dan dilaporkan sudah pun menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Sponsored

Terbaharu, Puteri Sarah pula tampil mendedahkan bahawa bekas isteri Hafidz Roshdi itu ada menghubunginya untuk meminta bimbingan berkenaan kes kecurangan yang dilakukan oleh pelakon tersebut.

Pededahan tersebut dibuat oleh Puteri Sarah ketikan live di TikTok baru-baru ini. Berikut adalah rakaman dan perkongsian semula oleh seorang pengguna platform mengenai Puteri Sarah dedah dihubungi bekas isteri Hafidz Roshdi tersebut:

Sponsored

Dalam rakaman tersebut, Puteri Sarah dedah dihubungi bekas isteri Hafidz Roshdi ketika dia berada di Madinah. Menurutnya bekas isteri, Hafidz Roshdi bertanyakan dan meminta bimbingan mengenai isu yang berlaku.

Selain dari itu Shuhada turut minta Puteri Sarah doakan buatnya di Madinah dan Mekah. Akui Puteri Sarah memang ada dia tolong langkah demi langkah buat wanita berkenaan.

Sponsored

“Dia minta guide kat saya, dia minta saya doakan untuk dia masa saya dekat Madinah dan Makkah haritu. Memang saya tolong dia step by step untuk report polis, pergi jabatan agama. Saya yang bimbing dia,” ujar Puteri Sarah.

Sementara itu, Puteri Sarah juga menjelaskan yang bukan niatnya untuk bercerita buruk tentang isu yang berlaku itu dan meminta orang ramai untuk pandang dari sudu positif. Tambahnya lagi, Puteri Sarah hanya membuka jalan buat wanita teraniaya di luar sana.

“Saya berjuang bukan untuk saya saja, tapi juga untuk wanita-wanita yang teraniaya dekat luar sana. Saya bukakan jalan dia orang, itu niat saya supaya mereka tahu apa nak buat,” kata pelakon jelita ini.

SumberTikTok