Bekas Isteri Sam Enggan Komen Lebih, Biar Mahkamah Yang Buat Keputusan, “Tiada Wanita Yang Mahu Lalui Ini…”

Sponsored

Bekas isteri kepada vokalis kumpulan Bunkface, Aida Azira memaklumkan dia enggan memberikan komen lanjut mengenai dakwaan Sam di Instagram beberapa hari lalu. Sebelum ini, Sam mendedahkan mesej perbualan di antara dia dan bekas isteri berkenaan nafkah anak mereka, Maleeq.

Aida memberitahu dia tidak mahu memanjangkan isu yang telah menjadi perbualan hangat di media sosial ini dan hanya menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan. Tambahnya, dia juga tidak mahu melukakan hati mana-mana pihak dan berharap masalah ini dapat diselesaikan segera.

Sponsored

“Saya tak nak komen apa-apa. Saya sedar hanya orang biasa dan tiada pengaruh. Jadi sekarang tidak perlu saya mendedahkan perbualan Whatsapp atau seumpamanya kerana tak perlu untuk saya panjangkan isu ini.”

Dalam masa yang sama, Aida turut ditanyakan tentang perasaannya apabila dia perlu naik turun mahkamah beberapa kali untuk proses nafkah anaknya. Menurutnya, dia berharap kaum wanita dapat memahami undang-undang yang sedia ada serta tahu tentang hak mereka sebagai seorang isteri mahupun ibu.

Sponsored

“Tiada wanita yang mahu melalui perkara ini, jadi saya sendiri mahu menyelesaikan secepat mungkin dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja. Saya mahu setiap wanita faham undang-undang, faham hak anda sebagai wanita, sebagai ibu.”

Jelasnya, tiada ibu yang sanggup untuk berjauhan dengan anak mereka sendiri malah segala keputusan yang dibuatnya selama ini adalah demi kepentingan dan kebajikan anak. Selain itu, Aida memberitahu dia akan cuba mempertahankan haknya selagi yang mampu walau apa jua yang berlaku.

Sponsored

Terdahulu, bekas isteri kepada Sam Bunkface ini telah menerima kecaman hebat di media sosial susulan pendedahan Sam mengenai mesej perbualan di antara mereka. Kebanyakan netizen menuduh Aida sengaja mempergunakan isu nafkah anaknya untuk membalas dendam terhadap bekas suaminya itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.