Gara2 video tak pernah bangun sahur disalah tafsir kena kecam, Reen Rahim ‘hilang’ akaun TikTok 1.6 juta pengikut…

Sponsored

Minggu lalu, pelakon Reen Rahim menjadi perhatian di media sosial berikutan video yang dikongsikannya sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini dan istimewanya lagi dia menyambutnya pertama kali sebagai isteri selepas berkahwin pada Disember tahun lalu.

“Seumur hidup aku, tak pernah bangun sahur. Bila dah kahwin, aku kena siapkan sahur.” Ujarnya sebelum ini. Namun begitu, ternyata kenyataan itu disalah anggap sehingga menyebabkan dia menerima komen negatif.

Sponsored

Reen Rahim yang tidak suka berkongsikan posting negative bagaimanapun terpaksa menegaskan isu yang tidak disangka-sangka itu diruangan Instagram apabila ia menyebabkan akaunnya di platform TikTok pula di banned.

Dia bagaimanapun bengang selepas disalah tafsir dengan video sahur yang dikongsikan di TikTok sebelum ini. Dia menegaskan maksud dalam video tersebut dan antaranya adalah dia tidak pernah bangun awal makan beria-beria untuk sahur.

Sponsored

“Tak kan aku nak kena masuk details or hire composer untuk aku spontan buat video.”

Disebabkan isu tersebut, Reen Rahim bagaimanapun hilang akaun TikTok miliknya yang mempunyai jutaan pengikut. Sebelum ini dia menggunakan akaun tersebut untuk merakam video spontan sahaja malah pengikut Reen Rahim sebelum ini turut memahami apa yang cuba disampaikannya kerana mengetahui dia adalah seorang yang kelakar dan sering bergurau di media sosial.

Sponsored

Namun begitu, isu yang tidak sepatutnya timbul itu membuatkan dia perlu membuka akaun TikTok yang baharu selepas akaun TikTok sebelum ini di banned. Reen Rahim dimaklumkan bahawa video dia sudah dibanjiri dengan komen tidak bermoral.

“…asume video aku mendorong followers buat perangai buruk.”

Menerusi satu muat naik video lain pula Reen Rahim dikatakan cuba meredakan keadaan dialaminya selepas hilang akaun TikTok miliknya itu di sebuah kedai.

@heelskita

reen rahim release tension kejap shopping kedai fara😍 kesian tau tiktok lama kena block! korang follow tiktok baru @reenrahim tauu.. tapi xpe fara da cool down kan dia kejap..da settel shopping kasut raya😍 #heelscantik #heelsmalaysia #kasutmurah #kasutmalaysia #kasutcantik #heelszara #heelslover #kasutoffice #kasutraya #kasutraya2022

♬ original sound – heelskita – heelskita