Mesej Perbualan Didedahkan, Bekas Isteri Sam Bunkface Teruk Dikecam Netizen, “Pergunakan Anak Untuk Balas Dendam…”

Sponsored

Baru-baru ini, vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam tampil mempertahankan dirinya susulan dakwaan dari bekas isterinya yang mengatakan dia sukar membayar nafkah anak. Menurut Aida Azira, dia tidak bersetuju dengan permohonan Sam untuk meminda nafkah anak mereka gara-gara pendapatan penyanyi itu yang terjejas.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, Sam akhirnya membuat satu perkongsian video di mana dia mendedahkan semua yang terjadi. Di dalam perkongsian itu juga, Sam berkata dia tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai bapa semenjak mereka bercerai pada tahun 2019.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Sam turut memuat naik mesej perbualan di antara dia dan Aida apabila bekas isterinya telah menghantar anak mereka tinggal bersama neneknya di Melaka tanpa pengetahuan Sam. Malah Sam juga menganggap jumlah nafkah yang diminta oleh Aida iaitu sebanyak RM1300 adalah terlalu tinggi.

Netizen kutuk tindakan bekas isteri

Susulan pendedahan dari pihak Sam ini, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib Sam yang seakan-akan dipergunakan oleh bekas isterinya. Kebanyakan netizen turut menganggap jumlah nafkah yang diminta Aida juga adalah keterlaluan jika dibandingkan dengan jumlah nafkah yang dibelanjakan semasa di bawah jagaan Sam.

Sponsored

“Benda dia tak puas hati personal, balas dendam dengan gunakan anak. Semoga anak tu selamat membesar tanpa mental abuse.”

“Sam boleh saman bini dia kaw-kaw sebab pindahkan anak dia ke melaka tanpa pengetahuan. Sam masih membayar nafkah anak.”

Sponsored

“Pergunakan anak untuk balas dendam. Apa punya jenis mak lah ni.”

Selain itu, netizen mendakwa tindakan Aida ini seperti ingin membalas dendam terhadap bekas suaminya ini dan menjadikan nafkah anak sebagai isu. Dalam masa yang sama, netizen berharap vokalis kumpulan Bunkface ini dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya kerana telah memindahkan anak mereka tanpa pengetahuan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter