Belajar Tentang Penderaan Wanita, Adik Puteri Sarah Mohon Maaf Baru Tahu Kakak Sendiri Jadi Mangsa

Sponsored

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof nampaknya masih belum menemui jalan pengakhirannya. Semalam, pengarah filem itu enggan melafazkan talak cerai dan menganggap masih ada sinar baru dalam rumah tangga mereka.

Keputusan yang dilakukan oleh Syamsul ini turut membuatkan Puteri Sarah berasa terkejut di mana dia kemudiannya mengemukakan bukti baru mendakwa dia pernah dipukul suaminya itu. Susulan pengakuan terkini ini, ramai yang terkejut termasuklah ahli keluarga Puteri Sarah iaitu adik perempuannya.

Sponsored

“Saya rasa ralat sangat walaupun menjadi bahu untuk awak dalam setiap masalah yang datang. Apa guna saya tamat pengajian dalam bidang ini punyalah hafal semua definisi tentang penderaan, jenis penderaan, pemerkasaan wanita dan lain-lain tentang itu.”

Menurut Sofia Megat, dia berasa ralat apabila mengetahui kakaknya pernah menjadi mangsa dipukul oleh suaminya. Malah dia juga tidak menyangka apa yang dipelajarinya selama ini tentang kes penderaan wanita akan berlaku di hadapan matanya sendiri dan terkena pada ahli keluarganya.

Sponsored

“Saya langsung tak tahu rupanya awak salah seorang yang berada dalam definisi yang dah saya hafal. Ofia minta maaf Yaya, saya tak tahu.”

Di dalam perkongsian itu juga, Sofia turut meminta maaf kepada Puteri Sarah kerana tidak menyedari mengenai perkara tersebut. Terdahulu, Puteri Sarah memaklumkan insiden dipukul oleh suaminya itu merupakan punca yang menyebabkan dia keluar dari rumah.

Sponsored

Malah ibu mentuanya, Datin Patimah adalah insan yang membantunya untuk keluar dari rumah pada tahun 2020 selepas kejadian tersebut. Susulan itu, ibu kepada Syamsul Yusof turut menawarkan diri untuk menjadi pencelah dan saksi kepada kes pukul menantunya ini bagi pihak Puteri Sarah.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram