Ibu Syamsul Yusof Akan Jadi Pencelah Dan Saksi Kes Pukul Puteri Sarah, “Mereka Nampak Apa Yang Berlaku…”

Sponsored

Pelakon Puteri Sarah memberitahu ibu mentuanya, Datin Patimah menawarkan diri untuk menjadi saksi dan pencelah membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul Yusof. Terdahulu, pengarah filem itu enggan menceraikan isterinya dan mengatakan masih terdapat sinar dalam hubungan mereka.

Susulan keputusan itu, Puteri Sarah mengemukakan bukti baru di mana dia mengatakan pernah dipukul oleh Syamsul Yusof dan menyebabkan dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Malah ibu mentuanya sendiri yang membantu Puteri Sarah keluar dari rumah pada tahun 2020 selepas insiden itu.

Sponsored

Menerusi temu bual bersama media, pelakon wanita itu mengatakan yang ibu kepada suaminya sendiri telah menghantar mesej untuk menjadi pencelah dan saksi dalam kes itu pada pagi tadi sebelum dia berangkat ke mahkamah.

“Pagi tadi mak mentua saya (Patimah) WhatsApp hubungi saya untuk mencelah dan ingin menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dan Syamsul.”

Sponsored
@xtra_my

“Selepas ini lra Kazar, Kakak & Kazar Saisi Perlu Tuniuk Sebab Mengapa Mereka Tidak Boleh Disabitkan Bersalah”- Peguam Datuk Akberdi Abdul Kadir #fyp #xtramy #irakaza #yasminkazar #kazarsaisi #tunjuk #sebab #mahkamah #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

“Mereka sanggup nak beri keterangan kerana mereka sentiasa dengan saya, mereka nampak apa yang berlaku. Malah mereka turut titipkan doa untuk saya hari ini.”

Jelasnya lagi, mentuanya menawarkan diri untuk memberikan keterangan sebagai tanda sokongan kerana mereka sendiri tahu dan nampak apa yang berlaku selama ini. Menerusi prosiding yang berlangsung hari ini, Syamsul Yusof enggan melepaskan isterinya dan pihak mahkamah mengarahkan pasangan itu dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Sponsored

Terdahulu, peguam Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan selepas ini giliran Ira Kazar, kakak serta bapanya untuk memberi tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh disabitkan kesalahan selepas didakwa melanggar perintah mahkamah.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.