Jep diperli buat peminat sedih, “Berniaga… abang takda rasa malu”

Sponsored

Jep Sepahtu merupakan antara pelawak yang jarang terpalit kontroversi, ia merupakan salah satu sebab peminat sentiasa seronok mengikuti perkembangan ahli kumpulan Sepahtu ini. Apatah lagi dalam rancangan Sepahtu Reunion Live.

Tentu ramai juga yang masih ingat dengan watak Tapan dalam salah satu episod rancangan tersebut yang mana ia dilakonkan dengan cukup menjadi oleh Jep sehinggakan tidak disangka-sangka viral.

Sponsored

Jep bagaimanapun mengeluarkan baju Tapan dan boleh didapatkan di platform Shopee namun Jep yang sering membuat video live di TikTok juga sering mempromosikan bajunya itu. Ternyata ia begitu mendapat sambutan hebat oleh peminat dan warganet di platform tersebut.

Tetapi nampaknya peminat turut sedih apabila Jep diperli selepas mula berniaga. Pun begitu, Jep tetap semangat kerana mendapat sokongan luar biasa oleh orang ramai.

Sponsored

“Rasa sebak campur bangga sebab abang Jep dah berjaya capai 1k untuk baju Tapan dijual. Alhamdulillah,” tulis peminat Jep Sepahtu itu yang mana dalam pada masa sama orang ramai turut bengang dengan sikap yang memerli pelawak tersebut.

“Itulah salah satu penyakit PhD orang Melayu kita bukan nak sokong, malah di hinjak lagi. Sedih”

Sponsored

“Biasalah Melayu kan memang macam tu”

“Aku tak tahu kenapa minat sangat dengan Jep. Walau apa pun orang cakap pasal dia, aku tetap sokong dia”

“Aku suka betul tau dengan Jep ni. Cara dia memang aku suka. Tak banyak citer, tak pernah dengar gosip gosip pasal dia dengan isteri…”