“Apology Accepted, Access Denied”, Netizen Sokong Puteri Sarah Terus Berjuang

Sponsored

Semalam sebutan kes penceraian antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah berlangsung di mahkamah. Namun keputusannya Syamsul enggan lafazkan cerai dan berpendapat masih ada sinar dalam rumahtangga mereka.

Bagaimanapun Puteri Sarah mendedahkan di luar ruang bicara di mahkamah semalam yang dia sudah setahun tidak berjumpa Syamsul. Disebabkan itu ramai yang berpendapat episod kemelut rumahtangga pasangan selebriti ini akan berlanjutan dan lebih panjang.

Sponsored
Puteri Sarah bersama anak-anaknya

Puteri Sarah yang memiliki ramai peminat dan penyokong di belakangnya masih bertegas dengan keputusan untuk berpisah. Malah dalam satu muat naik oleh Puteri Sarah menerusi akaun Instagram miliknya, model dan pelakon jelita ini meluahkan tentang apa yang berlaku.

Tulisnya adalah seperti berikut:

Sponsored

“Apakah yang berbeza? Kamu boleh maafkan orang lain dan lepaskan mereka tanpa membenarkan mereka kembali dalam hidup kamu. Maaf diterima, tapi tidak akan untuk kembali.”

Perkongsian Puteri Sarah sedia memaafkan itu turut memaparkan foto selfie selebriti ini yang cukup jelita. Berikut adalah muat naik Puteri Sarah terbaharu yang telah mencuri perhatian ramai:

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyelar dan mengkritik tindakan Syamsul yang membiarkan kemelut ini berlanjutan biarpun Puteri Sarah sudah mahu move on dengan kehidupannya. Berikut antara reaksi ramai menegenai muat naik Puteri Sarah sedia memaafkan itu:

“Tidak mau melepaskan tapi tidak juga mau bersatu dia hanya ingin menyakitimu dia tidak rela kau didekati pria lain. Go Sarah cari laki2 sejati yang mencintaimu…”

“Makin cantikkk..Sebab tu orang sana tak lepas kan hari ni dia lepaskan esok berbaris orang isi borang”

“Geram dengan tindakan Syamsul. Menyusahkan orang betul la. Apa motif dia kali ni nak tunjuk baik ke apa. Kak Sarah fight. We all with you kak”