Bella Astillah & adik menari lagu ‘Flower’ Jisoo dipuji, “Nasib ketiak dia puteh”

Sponsored

Selebriti jelita, Bella Astillah semakin menjadi perhatian di media sosial malah perkongsian isteri kepada pelakon, Aliff Aziz ini juga sering menerima pujian peminat dan warganet apabila ibu kepada dua anak ini kian cantik.

Umum diketahui, Bella Astillah mempunyai adik perempuan yang juga sama terlibat dalam dunia hiburan tanah air sebagai pelakon dan seperti Bella Astillah iaitu Didi Astillah dan dia juga merupakan penyanyi sedari kecil. Gandingan dua beradik ini adalah merakam album lagu kanak-kanak yang mereka juga dikenali sebagai Adik-adik Mutiara.

Sponsored

Adik beradik jadi perhatian sedari kecil

Walau bagaimanapun, terbaharu peminat tertumpu lagi dengan dua beradik ini apabila Bella Astillah dan Didi Astillah merakam video yang kini sedang menjadi trend di satu platform dimana pengguna melakukan cabaran menari lagu baharu penyanyi popular Korea, Jisoo berjudul Flower.

Sponsored

Bella Astillah dalam pada masa sama turut memuat naik rakaman video tersebut di ruangan Instagram miliknya dimana kelihatan dia dan adiknya itu berbaju warna hijau. Kecantikan kedua-duanya juga sangat terserlah sehingga ruangan komen juga dihujani komen peminat memuji mereka.

Sangat comel

Sponsored

Comel nak mampusssss

Suka tengok dua beradik ni, always cantik ja

Comel nya Bella. Body macam anak dara belum pernah beranak je. Makin hari makin cantik

Nasib ketiak dia puteh

Selain kecantikan mereka dipuji, nampaknya ketiak Bella Astillah juga menjadi tumpuan apabila peminat juga memuji ketiaknya comel apabila dilihat putih.