“Macam Ira Kazar…”- Video adik Naura ‘kembar’ Neelofa dah besar tarik perhatian peminat

Sponsored

Buat penonton rancangan MeleTOP tentu pernah melihat wajah kanak-kanak yang viral disebabkan mempunyai iras seperti bekas pengacara rancangan tersebut, Neelofa yang mana adik Naura Auni ketika itu cukup mendapat perhatian di media sosial.

Malah pertemuan adik Naura Auni dengan Neelofa apabila dia digelar sebagai kembar si cilik Neelofa menyebabkan kedua-duanya menjadi fenomena. Mana tidaknya, bukan hanya bahagian wajah namun suara dan cara gelak juga salin tak tumpah seperti Neelofa.

Sponsored

Adik Naura Auni di MeleTOP

Pertemuan di rancangan MeleTOP tersebut sekitar tahun 2019 dan ketika itu, adik Naura Auni difahamkan berusia 5 tahun namun muat naik video terbaharu membuatkan si cilik comel ini hangat mendapat perhatian netizen lagi. Hal ini kerana satu rakaman video tersebut membuatkan dia disapa Neelofa.

Sponsored

Tetapi tidak hanya itu yang membuatkan dia menjadi perhatian, ini kerana netizen tidak menyangka kembar si cilik Neelofa ini sudah besar. Selepas beberapa tahun dilihat di kaca televisyen, penampilan adik Naura Auni terbaharu ini membuatkan ramai tertumpu kepadanya.

Video dikongsikan itu selain mendapat ribuan tanda suka, wajah comel dan suara Naura Auni dikatakan salin tak tumpah seperti usahawan terkenal tersebut.

Sponsored

Da besar kau adikkk

Ishh besau dah budak ni

Weh cepatnya dah besar, aku dulu tengok dia masa kat TV

Dulu kecik je kau dik sekarang udah besorr