Bella Astillah Maafkan Sophia Albarakbah Dan ‘Tutup Buku’, “Demi Ketenangan Diri Walau Sukar”

Sponsored

Awal tahun ini industri hiburan kecoh dengan dakwaan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bahawa ada selebriti yang cuba ‘memikat’ suaminya, Aliff Aziz. Dakwaan itu pada awalnya membuatkan segelintir netizen berteka-teki siapakah wanita tersebut.

Tidak lama kemudian Aliff Aziz sendiri tampil memaklumkan siapakah gerangannya. Ternyata wanita itu adalah heroin yang berlakon bersamanya dalam sebuah drama. Malah Bella turut dedahkan pelakon jelita tersebut ada menghubunginya dan mengakui apa yang terjadi.

Sponsored
Bella Astillah

Bella Astillah maafkan Sophia

Pelakon jelita berkenaan adalah Sophia Albarakbah. Memetik laporan Berita Harian baru-baru ini, Bella Astillah akui sudah pun maafkan Sophia Albarakbah.

Sophia Albarakbah

“Demi memperbaiki rumah tangga dan ketenangan diri walaupun sukar, saya sudah pun memaafkannya. Saya juga banyak melakukan aktiviti bersama Aliff dan anak-anak dengan harapan tidak akan ada lagi masalah yang timbul”

Sponsored

Bagaimanapun Bella tidak akan melupakan apa yang Sophia telah lakukan. Menurutnya apa yang jadi itu membuatkan ianya meninggalkan parut kerana menyifatkan ia sebagai keterlaluan.

“Secara jujurnya saya sedar tidak boleh lari kerana ujian bertersan dan saya sangat takut untuk menghadapinya”

Sponsored

‘Tutup buku’ dan tak akan bekerjasama dengannya di masa depan

Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mengakui dia dan Aliff Aziz sudah tutup buku mengenai kontroversi melibatkan suaminya dan wanita berkenaan. Aliff juga sudah berjanji tidak akan bekerjasama dengan Sophia lagi selepas ini.

Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz

“Saya dan Aliff sudah berbincang. Malah suami menyatakan tidak akan bekerjasama dengan Sophia lagi. Sama dengan saya. Apa pun saya akan hentikan di sini”, kata Bella.

Selain dari itu, penyanyi dan pelakon dari Sabah ini juga mendoakan kebahagiaan Sophia selepas aktres berkenaan mengaku sudah ada teman lelaki.