“Kenapa awak tiru saya”- Netizen berdekah tonton video dikongsi Alif Satar

Sponsored

Baru-baru ini seorang gadis bertudung membuatkan orang ramai terkejut dengan wajahnya yang menjadi perbualan ramai disebabkan memiliki persamaan dengan pelakon, Alif Satar apabila dia dikatakan sebagai kembar Alif Satar namun versi perempuan.

Gadis berkenaan bagaimanapun semakin menjadi tumpuan selepas dia ditemukan dengan Alif Satar sendiri yang merasakan dia seperti dirinya. Ternyata pertemuan itu tidak berakhir disitu apabila Alif Satar berkongsikan video dia berlakon dengan gadis yang mempunyai dengan wajahnya itu.

Sponsored

“Kita tengok ‘Ba Satar’ ni boleh berlakon ke takleh berlakon,” seloroh Alif Satar pula diruangan kapsyen yang mana video dikongsikannya itu memaparkan kedua-duanya berlakon bersama.

Video tersebut bagaimanapun ternyata turut mengundang orang ramai terhibur dengan dialog mereka. Dalam pada itu, ramai yang memerhati wajah Alif Satar dan gadis terbabit yang dipanggil sebagai Ba Satar mengatakan mereka seperti adik-beradik.

Sponsored

Dalam pada itu, ada yang membuat permintaan agar mereka berlakon bersama lagi terutama gandingan dalam drama komedi sempena hari raya nanti.

“Alif another universe. Kena pi cari Dr Strange settlekan. Kalau tak terperangkap dalam dimensi lain dia”

Sponsored
Alif Satar

“Ba Satar lagi comel, sorry Alif. Harap ada season 2 dengan Ta Satar pulak”

Alif Satar

“Apa lagi, buat la drama komedi raya. Opkos la watak adik beradik Alif dan Ba Satar”

“Teruskan content Alif dan Ba. Ada chemistry macam kembar lak”