“Benda dah terlajak…”- Tak jadi kongsi tapi Uyaina Arshad tersasul ditegur Fiza Sabjahan cuit hati penonton

Sponsored

Rancangan popular di TV3 berjudul Wanita Hari Ini nampaknya mulai membuatkan warganet terhibur. Mana tidaknya, telatah pengacara yang terlibat seperti Fahrin Ahmad, Fiza Sabjahan, Uyaina Arshad dan beberapa lagi pengacara yang lain membuatkan penonton semakin suka.

Sejak kebelakangan ini juga, terdapat video klip pendek yang mana pengacara Wanita Hari Ini mengundang tawa buat penonton dan netizen di media sosial.

Sponsored

Lagi gelagat lucu cuit hati ramai

Malah dalam rakaman video pendek ini pula memaparkan gelagat lucu Uyaina Arshad dan Fiza Sabjahan yang spontan terjadi. Uyaina Arshad dilihat tersasul berkongsikan perkara yang tidak jadi dikongsikan namun Fiza Sabjahan disebelah juga sudah bersedia mengawal situasi. Ternyata keadaan itu membuatkan kedua-dua pengacara ini tidak dapat menahan ketawa.

Sponsored

Hantaran tersebut membuatkan ramai terhibur tetapi turut kagum dengan cara kedua-dua pengacara berkenaan yang pandai mengawal situasi.

‘Host paling penting dan best bila diorang boleh control situasi’

Sponsored

‘Member yang alert pun main peranan. Saling melengkapi. Benda dah terlajak, tak leh buat apa la. Momen ni la yang buat orang tak bosan’

‘Actuallly aku lagi suka if ada part-part spontan macam ni daripada formal je’

Uyaina Arshad

Dalam pada itu, netizen yang juga merupakan penonton Wanita Hari Ini (WHI) mengakui suka dengan konsep rancangan tersebut yang sekarang dilihat tidak lagi serius seperti dahulu dan terhibur kerana Wanita Hari Ini menjadi rancangan yang semakin lawak.

‘Suka WHI sekarang tak seserius dulu’

Uyaina Arshad