“Gaji dia bosarrr”- Mak Jenny ‘reject’ Fiza Sabjahan jadi menantu, gurauan buat ramai terhibur

Sponsored

Bagi pengguna media sosial, tentu mak kepada penyanyi Nubhan sudah tidak asing lagi bagi mereka apabila gelagatnya yang mesra disapa Mak Jenny sering menghiburkan ramai. Terbaharu, Nubhan dan Mak Jenny telah diundang sebagai tetamu jemputan rancangan Wanita Hari Ini (WHI).

Mereka juga ditemani oleh dua pengacara Wanita Hari Ini (WHI) iaitu Fiza Sabjahan dan Uyaina Arshad. Anak beranak terkenal itu sempat juga berkongsikan resepi Rendang Ayam Cili Padi dan Mi Loka. Walau bagaimanapun bagi peminat yang menonton beberapa video pendek gelagat Mak Jenny dan Nubhan bersama dua pengacara tersebut mengundang ramai terhibur dan mengatakan ia episod paling kelakar.

Sponsored

Malah momen lucu dimana sempat Mak Jenny berbual tentang anaknya yang belum berkahwin membuatkan Nubhan dan Fiza Sabjahan mengusik apabila Fiza Sabjahan boleh menjadi calon menantunya. Mak Jenny yang terkenal dengan celoteh mulutnya yang agak ‘pedas’ sempat menghiburkan ramai dengan situasi itu.

Mak Jenny ‘reject’ Fiza Sabjahan untuk menjadi menantunya kerana pengacara terkenal itu gajinya besar. Ternyata gurauan tersebut membuatkan keempat mereka tidak dapat menahan ketawa dengan celoteh Mak Jenny.

Sponsored

Netizen diruangan komen bagaimanapun menghujani dengan pelbagai seloroh selepas cukup terhibur dengan gelagat Mak Jenny ketika menjadi tetamu jemputan rancangan Wanita Hari Ini (WHI) itu.

‘Paling win wanita hari ini…’

Sponsored

‘Hah tips tak nak kena reject dengan mak mertua, jangan kaya sangat’

‘Sape tengok banyak kali’

‘Ulang ulang tengok…’