Netizen harap Nabila Razali tak ‘spoil’ mood tapi lepas nyanyi di Famili Duo bikin penonton puji, “Sedap la dia nyanyi’

Sponsored

Baru-baru ini peminat Khai Bahar dan Nabila Razali dapat menarik nafas lega selepas akhirnya mereka digandingkan bersama dalam sebuah lagu baharu berjudul Selagi Ku Ada. Lagu tersebut menerima sambutan baik peminat mereka dengan kedua-dua penyanyi berkenaan menerima pujian ramai.

Walau bagaimanapun, sempena rancangan Famili Duo akhir yang berlangsung pada malam tadi ternyata muat naik di Facebook TV3MALAYSIA menarik tumpuan netizen apabila dimaklumkan mereka bakal membuat persembahan.

Sponsored

Nabila Razali dan Khai Bahar di Famili Duo

Walau bagaimanapun, sebelum membuat persembahan di Famili Duo akhir terdapat beberapa komen yang ada antaranya berharap agar Nabila Razali tidak spoil mood penonton pada malam tadi dengan nyanyiannya.

Sponsored

Malah ada yang beranggapan negatif namun nampaknya selepas Nabila Razali membuat persembahan bersama Khai Bahar nampaknya anggapan tersebut membuatkan penonton membalas komen dengan mengatakan pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada ini menyanyi dengan best sahaja di pentas rancangan tersebut.

‘Habis la shumbanggg’

Sponsored

‘Please Kak Nab jangan spoil mood malam ni’

Malah video nyanyian Nabila Razali bersama Khai Bahar juga mendapat perhatian warganet yang memuji peningkatan Nabila Razali yang menyebabkan persembahannya kali ini dihujani dengan komen positif.

Ramai puji!

‘Kali ni aku kena akui yang Bella dan makin improve nyanyian dia’

‘Eee sedap first live performance diorang’

‘Sedap Nabila Razali nyanyi live malam ni. Syok je dengar’