Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon watak popular ‘Suraya’ dalam drama berjudul Memori Cinta Suraya yang menjadi tumpuan ramai satu ketika dahulu. Meskipun begitu, Anzalna Nasir yang kini bahagia disisi suami, Hanif Zaki dan dua cahaya mata lelakinya, Eidrees dan Emirhan sudah lama tidak muncul di kaca televisyen sebagai pelakon.
Tetapi di ruangan Instagram (IG) peribadi Anzalna Nasir tetap sahaja aktif sehingga kini apabila model terkenal ini turut memuat naik tentang kerjayanya mahupun tentang kisah keluarga dan anak-anak di platform tersebut buat tatapan umum. Walau bagaimanapun selain dirinya, kini dua anak lelakinya lebih membuatkan ramai ternanti-nantikan melihat perkembangan mereka. Mana tidaknya, sangat comel persis ibu mereka itu.
Kecomelan anak-anak Anzalna Nasir dipuji
Malah gelagat anak kedua Anzalna Nasir juga tidak semena-mena sering menjadi tumpuan ramai apabila kecomelannya membuatkan ramai ‘geram’ sehingga acap kali tular di media sosial. Terbaharu ini pula, Anzalna Nasir dilihat memuat naik rakaman video, kelihatan Emirhan sedang menikmati makanannya.
Anak Anzalna Nasir ini yang baru sahaja mencecah usia 7 bulan mengundang peminat sekali lagi tercuit hati dengan kecomelannya sehingga sekali lagi juga Anzalna Nasir menerima permintaan agar dia menambah lagi bilangan anak.
Mana tidaknya, tidak hanya anak pertama Anzalna Nasir sahaja comel malah anak keduanya juga sama mempunyai kecomelan tersendiri menyebabkan ada yang membuat permintaan tersebut memandangkan ketampanan dan kecomelan anak diwarisi daripada dirinya serta suami. Sangat comel!
‘Tolonglah beranak lagi, tak puas tengok kehensemannya ni’
‘Ulang ulang tengok…’
‘Ni beranak ramai pun takpa sis. Segak…’