Puteri Sarah Terima Mesej Kata Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Dah Kahwin?, “Soroklah Selagi Boleh…”

Sponsored

Ramai yang sedia maklum tentang kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof yang dikatakan berantakan gara-gara orang ketiga. Malah sehingga kini, masih tiada penyelesaian untuk kes tersebut dan status rumah tangga pasangan ini juga masih menjadi tanda tanya.

Terbaru, Puteri Sarah mengejutkan ramai apabila memuat naik beberapa hantaran Instagram Stories pada malam tadi. Perkongsian yang dimuat naik itu juga seolah-olah memberikan bayangan tentang masalah rumah tangga yang dihadapinya selama ini.

Sponsored

Menerusi perkongsian tersebut, Sarah meluahkan perasaannya dan memberitahu kebenaran pasti akan terbongkar juga pada satu hari nanti. Malah dia turut memerli seseorang yang digelar sebagai penipu dan cuba menyorokkan sesuatu dari orang ramai.

“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbongkar juga satu hari nanti. Seseorang yang narsistik seperti anda akan selalu memanipulasikan kebenaran…”

Sponsored

Bukan itu sahaja, Sarah turut berkongsikan satu kiriman mesej yang dihantarkan kepadanya menerusi DM di akaun Instagram yang memberitahu sesuatu tentang suaminya. Menurut individu tersebut, dia mendapat tahu Syamsul Yusof dan Ira Kazar telah pun berkahwin.

“Akak my friend bagitau Ira Kazar tu dah kahwin dengan suami akak.”

Sponsored

Di dalam sebuah lagi perkongsian lain, Sarah memberikan bayangan seolah-olah perkara yang dimaksudkan itu berlaku sehari sebelum dia melahirkan anak perempuannya, Sumayyah. Dalam masa yang sama, pelakon wanita itu turut berharap tahun 2023 akan dapat membongkarkan semua yang terjadi.

Tambahnya lagi, dia juga sudah penat melayan kerenah manusia-manusia hipokrit dalam hidupnya. Kesemua perkongsian yang dimuat naik oleh Sarah di Instagram Stories ini turut mencuri tumpuan netizen yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan disebabkan itu, mereka dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung. Puteri Sarah juga telah memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, beserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram