Beri Ucapan Pada Safawi, Handbag Dibimbit Shaheizy Sam Pula Curi Perhatian!

Sponsored

Umum sedia tahu penghujung bulan lalu, pemain bola sepak Safawi Rashid telah pun bernikah dengan Syifa Melvin. Perkahwinan tersebut telah membuatkan ramai terkejut dan gembira.

Baru-baru ini pula telah berlangsungnya majlis persandingan pasangan ini dan satu rakaman ketika hari penuh bermakna tersebut telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, pelakon, Shaheizy Sam yang juga abang ipar kepada Syifa Melvin sempat memberikan ucapan di majlis berkenaan.

Sponsored

Apa yang mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana ucapan Shaheizy Sam yang mengingatkan untuk menjaga isteri dengan cara yang sempoi, malah di tangannya ada handbag yang dibawa.

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan handbag dibimbit Shaheizy Sam yang mencuri perhatian warganet:

Sponsored

“Untuk hari ini Sam nak ingatkan yang laki bini gaduh tu standard. Safawi jangan freekick bini. Freekick bola tak pe jangan bini…Perjuangan tak habis kat sini Safawi…Beras kita beli tapi bini yang masak,” ujar Shaheizy Sam dalam rakaman tersebut.

Di sebalik nasihat tersebut, tetamu yang hadir terhibur mendengarkan ucapan dari seorang lelaki yang sudah beristeri itu. Namun tetaplah handbag dibimbit Shaheizy Sam yang menjadi bualan warganet.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Bagus nye tolong pegang handbag bini. Tak ramai yang boleh buat cam gitu”

“Bagus nye tolong pegang handbag bini..Tak ramai yang boleh buat cam gitu”

“Handbeg pun Sam pegang”