Lelaki Berkerusi Roda Disaman Kerana Parkir Di Kawasan OKU, “Sticker Besar Macam Tu Tak Nampak…”

Sponsored

Seorang individu meluahkan rasa terkilan apabila dia disaman oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat di Pantai Morib, Selangor baru-baru ini. Menerusi video yang tular itu, lelaki berkerusi roda itu yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) menunjukkan notis saman yang diterimanya.

Difahamkan, dia telah disaman gara-gara meletakkan kereta di kawasan parkir OKU sekaligus membuatkan lelaki itu bingung dengan situasi itu. Dia juga turut menunjukkan keadaan dirinya yang berkerusi roda dan pelekat OKU yang sudah ditampalkan pada kereta menandakan dia layak untuk parkir di situ.

Sponsored

Dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa hairan bagaimana penguatkuasa tersebut tidak nampak pelekat OKU yang ditampal pada keretanya itu. Namun dia redha dengan apa yang berlaku dan meminta penguatkuasa untuk memeriksa dengan betul sebelum mengeluarkan saman.

Kenyataan Majlis Perbandaran Kuala Langat

Susulan isu yang viral ini, pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) telah tampil menjelaskan situasi sebenar. Menurut mereka, lelaki tersebut telah menampal pelekat OKU yang berbeza dari versi yang dikeluarkan oleh JPJ dan juga bukan versi yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor.

Sponsored

Bagi memastikan layanan yang adil buat semua golongan OKU, penguatkuasa terpaksa mengeluarkan saman ke atas kenderaan yang menggunakan pelekat kenderaan OKU yang meragukan.

Namun notis tersebut boleh dipertimbangkan untuk dibatalkan sekiranya individu berkenaan boleh mengesahkan bahawa beliau merupakan seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sponsored

Difahamkan, saman sebanyak RM300 yang dikeluarkan oleh MPKL terhadap lelaki tersebut telah pun dibatalkan dan dia turut berterima kasih kepada pihak MPKL. Malah lelaki itu turut menerima pelekat OKU baru yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.