“Beria ajak”- Kak Lina luah perasaan soal jadi tetamu SRL depan2 Jep

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon serba boleh, Elly Mazlein atau turut dikenali dengan panggilan Kak Lina Pompom. Selebriti ini tidak hanya disukai oleh ramai peminat malah rakan selebriti juga tak kering gusi dengan perangai lucunya.

Satu muat naik video memaparkan Kak Lina bersama Jep bagaimanapun terbaharu menjadi perhatian ramai. Katanya Kak Lina yang juga merupakan salah seorang penyampai radio meluahkan perasaan di hadapan mereka iaitu Jep dan Rahim tentang Sepahtu Reunion Live.

Sponsored

Dengan gelagat lucu Kak Lina tentu sahaja mampu membuatkan ramai terhibur jika dia dijemput hadir sebagai tetamu rancangan berkenaan namun rupa-rupanya, dia pernah dijemput tetapi lain pula jadinya. Kak Lina yang dijemput ketika sitkom tersebut berkata sudah diberi tarikh namun dibatalkan.

Sempat berseloroh bersama, Kak Lina dan Jep menyanyi pula di tengah luahan Kak Lina. Namun begitu, Kak Lina pada awalnya dia sendiri tidak jadi namun selepas itu jadi. Jep bagaimanapun menjelaskan selepas Kak Lina jadi ia bukanlah untuk sitkom tetapi drama.

Sponsored

Luahan Kak Lina itu ternyata membuatkan ramai terhibur ditambah pula perangai sporting dia dengan pelawak terbabit. Diruangan komen, ramai yang meninggalkan reaksi senang jika Kak Lina Pompom terlibat dalam rancangan Sepahtu Reunion Live.

‘Diorang dah jemput pastu kak lina cancel’

Sponsored

‘Rasanya, sesuai kak Lina…’

‘Gentle doo depan-depan cakap. Senang citer’

‘Hahaha kelakar…’