“Entah pape”- Suara sering viral Layka lancar single baru tapi dikritik ramai

Sponsored

Popular dengan panggilan Layka Al Funsu, merupakan salah seorang pengguna TikTok yang mempunyai ramai pengikut sehingga dia sering muncul di fyp menerusi platform tersebut yang mana suara dia diminati ramai kerana dikatakan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti.

Gadis cantik ini juga menjadi fenomena di platform tersebut yang mana suara ketika dia menyanyi membuatkan ramai suka dan tidak terlepas daripada mengikuti perkembangannya. Layka tidak hanya dipanggil menjadi model malah dia kini bergelar penyanyi.

Sponsored

Layka Al Funsu difahamkan telah melancarkan single pertama terbaharu baru-baru ini dan dikongsikan menerusi YouTube XO House. Jika sebelum ini sering cover lagu orang namun kini gadis comel ini tidak disangka-sangka memiliki lagu sendiri yang diberi judul Dua Rama Rama.

Selepas dilancarkan muzik video lagu tersebut, setakat ini ia berjaya meraih hampir 600,000 tontonan dilaman YouTube dan dihujani dengan ribuan komen.

Sponsored

Namun begitu, ternyata kebanyakannya mengkritik lagu tersebut yang dikatakan tidak sesuai dengan Layka Al Funsu yang memiliki suara merdu dan boleh pergi jauh dengan lagu lebih power.

‘Bagi lagu yang power terus ok lagi sebab suara dia bukan BBNU’

Sponsored
Layka

‘Lagu entah pape’

Layka
Layka

‘Suara dia sedap… tapi kenapa takat ni je yang mampu dihidang’

Meskipun dikritik, menerusi ruangan komen ada juga yang backup Layka dimana pemilihan lagu terbabit dikatakan sesuai sahaja dengan dirinya.

‘Lagu macam ni syok layan…’

Layka

‘Dari TikTok ke MV terbaik’

SumberXO House