“Bukan senang nak nyanyi, berbelit lidah”- Lagu Fimie Don dapat pujian

Sponsored

Nama Fimie Don bukanlah baru dalam dunia hiburan tanah air apabila dia adalah salah seorang pelakon kanak-kanak yang popular dengan bakat. Dia berpuluh tahun lamanya menempa nama sebagai seorang pelakon sejak kecil sehingga sentiasa mendapat perhatian peminat drama tempatan.

Pun begitu, siapa menyangka Fimie Don juga memiliki bakat menyanyi dan ternyata dia mengambil serius dalam melebarkan sayap sebagai penyanyi pula apabila dia beberapa hari lalu telah melancarkan single terbaharu di YouTube.

Sponsored

Menerusi YouTube XO House, lagu Fimie Don yang diberi judul Koyak itu mendapat pujian melambung pendengar dan setakat ini sudah berhasil meraih hampir 160,000 tontonan dalam beberapa hari sahaja dilancarkan di platform tersebut.

Namun begitu, rata-rata netizen meninggalkan komen positif tentang pemilihan lagu Fimie Don berjudul Koyak ini yang dikatakan another level apabila ada juga yang merasakan lagu tersebut tidak mudah dinyanyikan.

Sponsored

Komen pujian netizen, diminta terus berkarya!

‘Dahla single ni kena scam pulak dengan Fimie apa pun lagu kau another level bruh’

Sponsored

‘Akhirnya Fimie muncul, lama dah tunggu single mu dik. Dari ko kecik abamg minat ko berlakon, bakat mu luar biasa, teruskan berkarya…’

‘Nice, lagu budak muda-muda. Lirik ya sedap. Good job Fimie’

‘Aku suka lagu, pertama baru keluar. Boleh tahan juga bro, merdu suara kau tiada pelat lancar…’

SumberXO House