Berjaya Buat Dato’ M Nasir Jawab Panjang Lebar, Netizen Puji Cara Tik Toker Ini ‘Interview’

Sponsored

Tular di media sosial perkongsian video temu bual yang dilakukan oleh seorang Tik Toker semasa dia menemu ramah penyanyi terkenal, Dato’ M Nasir. Seperti yang diketahui ramai, Dato’ M Nasir bukanlah seorang yang banyak bercakap semasa muncul di kaca televisyen namun berbeza dengan sesi ‘interview’ yang dikongsikan ini.

Menerusi video yang dikongsikan itu, Tik Toker dikenali sebagai Donjany itu telah menemu ramah Dato’ M Nasir tentang lirik-lirik lagu nyanyiannya. Video tersebut membuatkan ramai kagum dengan lelaki tersebut yang berjaya membuatkan Dato’ M Nasir seolah-olah terpukau dengan soalan-soalan yang ditanyakan.

Sponsored

Malah legenda muzik tanah air itu juga menjawab soalan yang ditanyakan dengan jawapan yang panjang lebar. Menurut netizen, sangat jarang untuk melihat Dato’ M Nasir memberikan jawapan yang sepanjang itu semasa ditemu bual oleh wartawan.

@_donjany

Maksud disebalik lagu Dato’ M Nasir 🙌🏻

♬ original sound – _donjany – _donjany

Dalam temu ramah itu, Tik Toker tersebut menjelaskan maksud-maksud tersirat di sebalik lagu-lagu nyanyian penyanyi itu. Menurutnya, Dato’ M Nasir adalah seorang yang genius kerana berjaya membuatkan pendengarnya tidak menganggap lagu-lagunya sebagai nasyid walaupun mempunyai mesej dakwah.

Sponsored

Berjaya tarik perhatian M. Nasir

Tertarik dengan soalan diajukan oleh pemuda itu, Dato’ M Nasir kemudian berkongsikan tentang kehidupan peribadinya malah turut bercerita tentang latar belakang keluarganya. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan cara pemuda itu melakukan temu bual tersebut dan memberikan pujian di atas kajian yang telah dilakukannya.

“Tengok body language Dato’, dia suka soalan yang diberi that’s why dia jawab panjang lebar.”

Sponsored

“Tukang interview buat research pasal M Nasir, tu M Nasir layan tu.”

“Hebat buat M Nasir bercakap lebih dari sepatah.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok