Biodata Sophia AlBarakbah

Sponsored

Nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini. Memiliki paras rupa jelita dan sekali pandang macam anak patung, mungkin ramai tertanya-tanya siapakah figura pemilik nama yang semakin meningkat naik ini.

Sophia Albarakbah adalah seorang pelakon dan juga model. Untuk ketahui lebih lanjut, kami sediakan biodata Sophia AlBarakbah seperti berikut.

Sponsored

Biodata Sophia AlBarakbah

Nama penuh: Sophia AlBarakbah

Sponsored

Nama lain: Sophia Koshka

Umur: 30 Tahun

Sponsored

Tarikh lahir: 15 Julai 1993

Asal: Kuala Lumpur

Instagram: SophieKoshka

Pendidikan: Jurusan Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik Klinikal dan Pemakanan di International Medical University

Pekerjaan: Model dan pelakon

Latarbelakang Peribadi

Memiliki paras rupa jelita, Sophia AlBarakbah rupanya memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab. Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ibu Sophia pernah memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan kecantikan sekitar tahun 1980.

Kerjaya

Pakej lengkap dimiliki gadis ini membuatkan dia berjaya mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Pada awalnya Sophia menjadi model pelbagai iklan komersial. Kemudian Sophia mula berlakon selepas berjaya terpilih dalam uijbakat dan sejak dari itu gadis ini terus aktif dalam dunia seni.

Filem pertama Sophia adalah Miimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.

Selain berlakon filem, bakat Sophia mula mendapat perhatian pengarah drama tempatan. Makanya drama berjudul Tercipta Satu Ikatan menjadi karya pertama kemunculannya di televisyen.

Kemudian Hadiah Dari Tuhan dan Suamiku Lelaki Pendosa bergandingan dengan Aaron Aziz serta Air Mata Allisya lakonan bersama Keith Foo. Terbaharu drama bakal ditayangkan tidak lama lagi berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang mana heronya adalah Aliff Aziz.

Koleksi Foto Sophia Albarakbah