Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri semasa menjalani penggambaran sebuah drama. Difahamkan, pelakon itu terlibat di dalam satu babak bersama Azhan Rani di mana dia kemudiannya berlanggar dengan bucu katil semasa menjayakan adegan tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik pelakon itu, kelihatan Azhan Rani menarik rambut pelakon wanita itu sebelum menolaknya di mana ia telah menyebabkan kepala Fasha Sandha terhentak pada bucu katil. Impak dari hentakan itu, Fasha mengalami kecederaan serius dan segera dibawa ke hospital untuk rawatan.
Walaupun mengalami kecederaan yang serius, Fasha memberitahu dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini kerana ianya berada di luar jangkaan. Dalam masa yang sama, pelakon itu turut meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan kesihatannya supaya segera sembuh.
Komen netizen
Video di sebalik tabir yang dikongsikan Fasha ini turut menerima pelbagai reaksi dari netizen dan ada juga yang menyalahkan Azhan Rani yang dikatakan terlalu ‘over’ semasa berlakon. Namun kebanyakan netizen turut tampil mempertahankan pelakon lelaki itu memandangkan perkara ini berada di luar jangkaan.
“Ianya berlaku di luar jangkaan. Mesti Azhan Rani rasa bersalah, benda nak jadi. Bukan kita yang sengaja kan. Semoga cepat sembuh amin.”
“Masa Azhan Rani dah tolak Fasha Sandha tu, terus dia lari laju ke Fasha maybe dia nampak mata Fasha kena bucu.”
“Pengarah pun kita main peranan, tengok tempat shooting tu macam mana benda-benda tajam kita tak sedar.”
Netizen turut mempersoalkan aspek keselamatan pihak produksi yang dianggap cuai dan tidak menyediakan suasana yang selamat untuk babak tersebut dilakukan. Difahamkan, pihak produksi telah pun meminta maaf kepada Fasha dan pelakon wanita itu juga memilih untuk tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.