Setiap kali tibanya Ramadan, kebanyakan selebriti mengurangkan jadual mereka untuk beribadat. Salah seorang pelakon, Nora Danish memang antara selebriti yang mengejar saham akhirat dengan melakukan banyak amal ibadah termasuklah mengaji al-Quran.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif berkongsikan beberapa senarai untuk dilakukan di bulan mulia ini bagi rujukan diri sendiri serta umat Islam yang lain.
Disenaraikan antaranya melakukan solat tahajud, membaca al-Quran sekurang-kurangnya empat muka surat setiap hari dan melakukan solat sunat serta tarawih.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen pula, warganet turut terpegun lalu memuji kecantikannya mengenakan hijab beserta busana seba putih.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat pelakon yang berusia 41 tahun itu berharap agar Nora kekal terus memakai hijab bukan di bulan puasa sahaja, malah sampai bila-bila.
“Nora please stay selamanya berhijab. Alhamdulillah cantik sangat-sangat.
“Semoga Nora istiqomah.
Sekadar info, Nora telah mendirikan rumah tangga bersama Nedim pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ney Ney. Manakala, seorang lagi anak lelakinya Putra Rayqal Ramli hasil perkahwinannya bersama Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai telah pun bercerai pada tahun 2008.