Shuhada Terima Surat Tuntutan Dari ‘Pihak Ketiga’, Netizen Sarankan Elak Kongsi Di Sosial Media

Sponsored

Kemelut dalam hal rumahtangga pelakon Hafidz Roshdi bersama isteri, Shuhada nampaknya masih belum selesai. Nama pasangan ini juga sering menjadi perhatian ramai selepas satu persatu kisah mereka dibongkarkan di sosial media.

Terbaharu, Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih mesra dengan panggilan Shuhada berkongsikan di sosial media terima surat tuntutan dari individu yang dirujuk sebagai pihak ketiga.

Sponsored

Menurut Shuhada surat itu diterima susulan muat naik di Instagram Stories miliknya pada 15 Februari lalu yang berkaitan kemelut rumahtangganya. Dalam tulisan itu Shuhada mendakwa wanita digelar ‘You’ menghancurkan hatinya dan anak-anak sehingga rumahtangga dengan Hafidz goyah.

Menerusi entri terbaharu itu, Shuhada akui gementar berdepan proses selanjutnya mengenai prosedur surat tuntutan di mahkamah oleh individu berkenaan. Berikut adalah muat naik penuh Shuhada terima surat tuntutan dari pihak ketiga berkenaan:

Sponsored

Dalam tulisannya itu, Shuhada meluahkan dia sendiri tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Memandangkan sebelum ini dia adalah suri rumah, jadi kini barulah Shuhada mula menyimpan untuk masa depan anak-anak dengan berniaga secara kecil-kecilan.

“Seharian semalam, susah hati jugalah untuk saya yang belum pernah ada pengalaman ke mahkamah. Nervous juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dia tuntut.”

Sponsored

Walau bagaimanapun meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menasihatkan Shuhada untuk tidak berkongsikan langkah seterusnya untuk ‘berjuang’ di media sosial. Berikut antaranya:

“Amboii dia yang menyondol dia yang tuntut ganti rugi. Hebat lah dunia sekarang”

“Lawan dia Shu. Dia yang sondol suami orang dia pulak nak sama Shu. Bukak tabung ‘supporting shu lawan penyondol’. Ramai nak tolong ni”

“Atur gerak dalam diam Shu. Bulan Ramadan bulan Allah maqbulkan segala doa…Jangan lupa Shu sayang, hati dia, gerak geri dia, planning dia semuanya dalam pengetahuan Allah”