Pernah digelar ‘kembar’ kepada pelakon terkenal, Mira Filzah, gadis dikenali sebagai Qasrina Karim kini turut bergelar selebriti. Peminat mendakwa Qasrina Karim memiliki wajah seiras Mira Filzah dan suaranya juga dikatakan hampir sama dengan pelakon itu.
Qasrina Karim yang mana drama lakonannya kini sedang ditayangkan di televisyen berjudul Imam Instant Ustazah Scammer baru-baru ini mendedahkan menerima beberapa mesej berbaur ugutan.
Mesej diterima menerusi Instagram
Menerusi laporan Berita Harian, pelakon wanita berusia 26 tahun ini berkata kebanyakan mesej yang diterima adalah melalui Instagram. Kata Qasrina dedah terima mesej ugutan ini, kebanyakan yang hantar adalah peminat Mierul Aiman.
Untuk info Mierul Aiman dan Qasrina bergandingan bersama dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer. Tambahnya lagi antara isi mesej tersebut adalah melarangnya untuk mengambil Mierul Aiman dari mereka.
Qasrina akui hanya berkawan dengan Mierul Aiman
“Jangan risau saya tak akan ambil. Kami hanya kawan dan berlakon bersama,” kata pelakon baru yang semakin meningkat naik namanya ini.
Tambahnya lagi dia faham akan keadaan itu dan berkemungkinan yang menghantar mesej tersebut rasa cemburu melihat lakonan mereka.
“Mungkin ada yang cemburu sebab saya berlakon bersama Mierul dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer. Tetapi tidak mengapa saya faham je”, kata Qasrina dedah terima mesej berbaur ugutan.
Selain dari itu, ada juga segelintir peminat yang senang melihat Qasrina dan Mierul Aiman digandingkan bersama serta bersetuju jika mereka benar-benar menjalinkan hubungan cinta.