Pelakon, Wawa Zainal jarang berkongsikan kisah keluarganya kepada umum namun sekali dikongsikan terus mengundang sebak peminat dan netizen melihat bagaimana dia mencuba membahagiakan kedua mak dan bapanya.
Umum diketahui, permulaan pasangan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel terlibat dalam dunia perniagaan adalah tidak mudah namun kejayaan satu persatu diperoleh pasangan sama cantik, sama padan ini mengundang rasa terharu ramai dan menjadikan mereka sebagai inspirasi.
Terbaharu, Wawa Zainal berkongsikan momen indah dia dapat membahagiakan kedua mak dan bapanya dengan mengubah suai kediaman istimewa buat mereka yang kini menetap di Kuala Lumpur. Wawa Zainal di Instagram juga berkata bahawa dia sudah lama memujuk maknya untuk tinggal di Semenanjung dan selepas bersetuju dia membelikan rumah buat mereka.
“Akhirnya mak bapak setuju duduk Semenanjung. Ni la hadiah kecil dari kami buat mamak dan bapak,” tulisnya. Mak dan bapa pelakon jelita ini bagaimanapun turut tidak dapat menahan sebak dengan hadiah istimewa diberikan itu.
Warganet yang melihat video dikongsikan Wawa Zainal itu turut mengundang rasa sebak ramai melihatkan cara pasangan berkenaan membahagiakan ibu bapa mereka dan hantaran tersebut dengan pantas meraih 1 juta tontonan.
‘Sebaknya, bestnya dapat bahagiakan mak ayah macam ni’
‘Nak nangis sis tengok part ayah dia…’
‘Menangis saya tengok masa bapak dia baca doa, bangga…’