Hafiz Mahamad Kongsi Kisah Anak Kecil Berusia 2 Tahun Dicabul, Suspek Sudah Ditahan Polis

Sponsored

Hafiz Mahamad, seorang pempengaruh dan ahli perniagaan sering menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang cukup merendah diri dan dermawan. Personalitinya itu cukup disenangi ramai terutamanya orang di sekelilingnya selain menjadi idola dan inspirasi anak muda hari ini.

Biarpun begitu, baru-baru ini satu video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya telah meruntun hati ramai. Manakan tidak dalam rakaman tersebut Hafiz Mahamad menceritakan tentang kisah anak kecil berusia 2 tahun dicabul.

Sponsored

Dalam perkongsian itu difahamkan ibu mangsa adalah salah seorang team dari pasukan Hafiz Mahamad. Mendengarkan mengenainya, usahawan 29 tahun ini bersama isterinya bergegas ke hospital untuk menziarah ibu tunggal tersebut.

Berikut adalah rakaman ketika pasangan suami isteri ini di hospital dengan kedengaran suara perbualan ibu dan anak ini yang bertanyakan mengenai kejadian berkenaan:

Sponsored

Di ruangan kapsyen, Hafiz Mahamad meluahkan rasanya yang simpati dengan nasib anak kecil dan ibu tunggal tersebut. Tulisnya ibu itu bukan orang senang dan dia keluar bekerja serta amanahkan pengasuh untuk menjaga anak ini.

“Sebak saya, bila dpt dpt whatsapp anaknya dibuat begini. Menangis isteri & team saya bila dengar ni. Ya Allah, kejamnya kamu wahai manusia. Anak ni kecik lagi, dia Ibu tunggal & bukan orang senang. Dia bekerja & amanahkan kamu wahai manusia untuk menjaga anak ni”

Sponsored

“Tadi saya & isteri terus ke hospital. Dr sahkan mmg ada kesan di k***luan. Bila sampai & tgk tadi, kesian sangat. Ibunya menangis & cerita anaknya banyak termenung”

Tambahnya lagi, dia dan team akan cuba sedaya upaya untuk membantu ibu tunggal dan anak kecil berusia 2 tahun dicabul ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, suspek iaitu lelaki berusia 25 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan. Malah polis turut membuat kenyataan menerima laporan dari ibu berkenaan.

Di ruangan komen perkongsian video ini pula ramai yang meluahkan rasa geram terhadap si pelaku yang tidak berhati perut memperlakukan perkara sebegini kepada anak kecil.