Pelakon, Zarina Anjoulie atau turut mesra disapa Anju sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan ramai apabila video dia dengan teman lelaki yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey tular di media sosial dengan menerima komen baik peminat mereka yang memberikan sokongan terhadap pasangan berkenaan.
Menerusi Harian Metro bagaimanapun ibu kepada seorang anak ini mengakui dia dengan lelaki tersebut bercinta, ‘Betul memang bercinta,’ ujarnya apabila menjawab spekulasi yang menjadi perhatian ramai itu. Namun begitu, Zarina Anjoulie juga mengatakan dia tidak terlalu ingin menguar-uarkan kisah cintanya dengan lelaki berkenaan selain katanya lagi ada perancangan untuk berkahwin.
Anju akui bercinta
“Insya-Allah, masanya sudah hampir. Tapi, saya tak mahu terlalu beria berkongsi sebab, bagaimana kalau tiba-tiba tak jadi. Setiap yang bercinta, tentunya merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan. Kalau jadi, Insya-Allah, jadilah. Sebab itu kita kena rancang dengan teliti. Setakat ini, Alhamdulillah.” Kata Zarina Anjoulie kepada Harian Metro.
Selain mengakui bercinta, dia turut berkongsikan mengenai perancangan seterusnya, Zarina Anjoulie juga meluahkan rasa syukur bagi setakat ini.
Peminat tumpang gembira
Sementara itu, di media sosial video-video Zarina Anjoulie dan teman lelakinya itu meluangkan masa bersama anak-anak turut menjadi bualan ramai disamping kegembiraan pelakon jelita ini juga membuatkan ramai tumpang bahagia melihatnya yang dijaga baik oleh lelaki berkenaan.