Video Pre Wedding Reen Rahim Dipuji Gempak, “Ala2 Mafia Gituh..”

Sponsored

Baru sahaja selesai majlis perkahwinan pelakon jelita, Reen Rahim bersama pilihan hatinya beberapa hari lalu, nama selebriti ini masih hangat disebut-sebut di sosial media. Majlis diadakan dengan pemilihan busana, solekan dan lain-lain di perkahwinan Reen Rahim menjadi bahan pujian peminatnya.

Terbaharu satu perkongsian menerusi akaun Tiktok Reen Rahim telah mencuri perhatian ramai. Difahamkan muat naik itu adalah video pre wedding Reen Rahim.

Sponsored

Dalam rakaman tersebut dipaparkan Reen Rahim bersama suaminya berjalan bersama dengan konsep agak menarik untuk ditonton. Malah pemilihan lagu juga main peranan buatkan video ini lebih menarik.

Berikut adalah perkongsian video pre wedding Reen Rahim yang telah jadi bualan ramai selepas dimuat naik menerusi akaun sosial media milik pelakon ini:

Sponsored
@reenrahimmy

#hazreentilljannah @Hazimzainal4894 📸 @thelova.co Outfit : @Maglifestyle M.U.A : @renryzam7 @renryzam_kualalumpur

♬ original sound – Reenrahim – Reenrahim

Wow, memang lain dari kebiasaan yang menghasilkan video pra perkahwinan. Manakan tidak, kebiasannya ramai yang mengambil konsep romantik atau nostalgia untuk menghasilkan video pra perkahwinan.

Tapi konsep yang diketengahkan Reen Rahim ini memang lain dari yang lain dan agak unik. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji hasil video pasangan pengantin baharu ini.

Sponsored

Malah ada juga yang berpendapat video tersebut ada aura ala-ala mafia negara luar. Berikut antara pendapat ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Sumpah first time tengok pre wedding gempak gini..Bestnya teringinnnn”

“Pre wedding paling onz eh. Ala ala mafia gituh”

“Wow nice video uolls..Best. Kalau ada macam ala2 short film (lama skit) boleh masuk anugerah film wedding of the year..Hahhh”

“Ingatkan movie trailer tadi dik”