Di Sebalik Persembahan Shila Amzah Dengan Prop Air, Penonton Dedah Apa Yang Berlaku…

Sponsored

Ahad malam yang lalu telah selesainya pentas akhir Gegar Vaganza ke-9 dengan juara adalah milik Jacyln Victor. Persaingan sengit antara kesemua finalis yang mana pentas akhir meletakkan beberapa nama hebat dalam industri hiburan.

Antaranya adalah Jacyln Victor, Shila Amzah, Tomok, Kumpulan V.E, Hazrul Nizam dan Bob. Bakat kesemuanya memang diperakui terbaik dan cukup menghiburkan.

Sponsored

Prop Takungan Air

Malah antara persembahan yang menjadi perhatian ramai adalah dari Shila Amzah yang menyanyikan lagu Tak Ada Logika nyanyian asal Agnes Monica. Di persembahan tersebut, penyanyi ini menggunakan prop takungan air di atas pentas.

Sponsored

Persiapan Sebelum Persembahan

Malah salah seorang penonton yang berada di lokasi siaran langsung berkongsikan di sebalik persembahan Shila Amzah dengan prop air ini. Berikut adalah muat naik ketika persiapan sebelum persembahan dimulakan:

Sponsored
@azrul_azhar

Bukan senang kan buat kerja mcm diaorg tu..

♬ bunyi asal – Azrul_Azhar – Azrul_Azhar

Wah, nampaknya begitu ramai krew diperlukan untuk menjadikan persembahan ‘bermain’ air ini berjaya.

Selepas Persembahan

Malah individu sama turut berkongsikan rakaman ketika selepas persembahan Shila Amzah ini selesai.

@azrul_azhar

Masing2 buat kerja dgn pantas ye,crew astro mmg terbaik👍👍

♬ bunyi asal – Azrul_Azhar – Azrul_Azhar

Bukanlah baru dalam industri hiburan tanah air melihat persembahan sebegini secara langsung, namun ia masih mengagumkan ramai.

Ramai Baru Faham Kerja Krew Prop

Di ruangan komen, rata-rata warganet hargai perkongsian sebegini kerana barulah mereka tahu bagaimana kerja di balik tabir untuk jayakan sesebuah rancangan.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen: