Konsert ‘Full House’ Di Stadium, Peminat Perli Individu ‘Serang’ Jay Chou, “Sifat Patriotik Tu Bagus Tapi…”

Sponsored

Sebelum ini kecoh mengenai isu segelintir peminat bola sepak yang mengamuk apabila Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan untuk konsert penyanyi Jay Chou menjelang perlawanan separuh akhir Piala AFF. Sampaikan ada yang membuat tindakan memalukan dengan ‘menyerang’ akaun Instagram penyanyi itu.

Selepas menerima hentaman teruk, Jay Chou sendiri memberitahu dia sanggup menangguhkan konsertnya itu sekiranya peminat bola sepak Malaysia memandang serius isu itu. Namun segalanya diteruskan seperti biasa dan pada 15 Januari lalu konsert tersebut berjaya dilakukan dengan meriahnya.

Sponsored

Malah konsert yang diadakan oleh Jay Chou ini juga turut menerima pujian ramai ditambah pula dengan stadium yang ‘full house’ dengan kehadiran para peminat. Boleh dikatakan konsert penyanyi ini antara konsert yang paling berjaya apabila kesemua tempat duduk di dalam stadium habis terjual.

Peminat perli individu ‘serang’ IG

Susulan kejayaan dan sambutan hangat ini, peminat turut memerli semula tindakan individu yang ‘menyerang’ akaun Instagram penyanyi itu sebelum ini. Terdahulu, beberapa individu meminta Jay Chou membatalkan sahaja konsertnya dengan berkata dia tidak popular dan tidak layak untuk membuat konsert di stadium itu.

Sponsored

“Sifat patriotik tu bagus tapi jangan bangang sangat sampai nak cyberbully artis kat insta. What a shame!”

Menurut netizen, sifat patriotik yang ditunjukkan oleh peminat bola sepak Malaysia ini sememangnya bagus namun tidak perlu lah sehingga ‘menyerang’ penyanyi itu di media sosial. Tambahnya lagi, penganjuran konsert di stadium itu juga pastinya banyak membantu menanggung kos penjagaan stadium tersebut.

Sponsored

Dalam masa yang sama, peminat yang menghadiri konsert itu memberitahu mereka sangat berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan penyanyi itu. Malah ada juga yang membandingkan dengan konsert Bilie Eilish sebelum ini yang diadakan di lokasi yang sama.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.